Pakej Umrah Ziarah Jordan Musim Cuti Sekolah 2012

 

 

Pakej: UMRAH Ziarah Jordan Musim Curi Sekolah Mac 2012
Bimbingan: Ustaz Harryanto Rizal
Tarikh Berlepas: 14MAR 2012
Tempoh: 15 hari 13 malam
Penerbangan: Royal Jordanian
Package Code: SU07

 

ATURCARA PERJALANAN PAKEJ UMRAH/ZIARAH
 

 

15 HARI 13 MALAM (PENERBANGAN ROYAL JORDANIAN)

(BULAN MAC 2012 / 1433 HIJRAH)

Dibimbing : Ust. Harryanto Rizal Rokman

 

ATURCARA PERJALANAN

HARI 1            14 MAC 2012             KUALA LUMPUR / AMMAN

Berkumpul di KLIA pada jam 7.00 malam. Check in pada jam 8.20. Berlepas dari KLIA, 10.20 malam dengan penerbangan Royal Jordanian. Tiba di Airport Amman jam 5.15 pagi.

HARI 2            15 MAC 2012             AMMAN

Tiba di Airport Amman jam 5.15 pagi, selepas urusan visa, jemaah akan dibawa ke hotel penginapan transit di Amman. Wakil D’Nexus Holidays akan menjemput jemaah menaiki kenderaan untuk lawatan ke Petra “Red Rose City” yang dianggap pusat perlancongan paling
terkenal dan indah di Jordan. Bersarapan dengan menu tradisi masyarakat Jordan di dalam perjalanan. Selesai lawatan Petra, jemaah akan di bawa pulang ke Amman untuk check in hotel dan berehat.

HARI 3            16 MAC 2012             AMMAN

Selepas bersarapan pagi, bergerak menuju ke Laut Mati melalui Madaba. Jemaah akan dibawa melawat sekitar Madaba merupakan salah satu kawasan yang di anggap mulia bagi masyarakat kristian. Dimana terdapat kawasan bersejarah dikatakan Nabi Musa A.S pernah menetap di situ. Selepas itu terus bertolak ke Laut Mati yang merupakan kawasan yang terendah di dunia. Jemaah akan berpeluang untuk mandi dan menikmati suasana Laut Mati. Dalam perjalanan pulang akan melalui pekan Karak/Mutah untuk lawatan makam sahabat di Mu’tah, serta beberapa kawasan bersejarah sekitar bandar karak dan Mu’tah. Bergerak ke Amman, dan makan malam di restoran tempatan, pulang ke hotel untuk berehat.

HARI 4            17  MAC 2012                        AMMAN

Selepas bersarapan, memulakan perjalanan Amman City Tour untuk melawat Masjid Raja Abdullah, kemudian akan dibawa melawat kubu Amman atau
Umayyah Palace, Muzium Arkeologi Castle,
Roman Amphitheater, dan Muzium Rakyat di Amphitheater Rom.
Kemudian meneruskan perjalanan untuk melawat Old City Amman (Down Town), dan bahagian Modern Amman (Abdoun & Daerah Tingkat I Ghbar). Seleas itu terus menuju Jerash yang terletak 48KM di utara Amman, Jerash menjadi salah satu daripada kota tinggalan Rom
terbesar dan paling terpelihara di luar Itali, menikmati makan tengahari, pulang ke hotel di Amman untuk Majlis Makan Malam. Bermalam di AMMAN.

HARI 5            18 MAC 2012             AMMAN/ JEDDAH/MADINAH

Bersiar siar di bandar AMMAN kemudian menuju lapangan terbang untuk berlepas ke Jeddah dengan bantuan penuh kami. Berlepas ke Jeddah dari Amman pada jam 01.05 pagi. Tiba di Airport Jeddah, jam 02.05 pagi 19 Mac 2012. Wakil D’Nexus Holidays dan pihak Muasassah akan menjemput jemaah menaiki kenderaan menuju ke Madinah. Tiba di Madinah terus check-in di hotel untuk penginapan.

HARI 6            19  MAC 2012 MADINAH

Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah disekitar Kota Madinah seperti melalui Perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan akhir sekali ke Pasar Tamar untuk membeli-belah.

HARI 7            20 MAC 2012             MADINAH / MAKKAH

Selepas Ziarah Selamat Tinggal, jemaah check-out dan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan seterusnya ke Makkah untuk melakukan umrah bersama Mutawif

HARI 8 -10      21 – 23 MAC 2012                  MAKKAH

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 11          24 MAC 2012                         MAKKAH

Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Makkah seperti ke Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali Jaaranah sebelum kembali semula ke Makkah. Di Jaaranah jemaah boleh berniat umrah, sekiranya ingin mengerjakan umrah.

HARI 12          25 MAC 2011                         MAKKAH

Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 13          26 MAC 2011 MAKKAH/JEDDAH/AMMAN

Selepas mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal, jemaah berangkat ke Jeddah dan singgah di Masjid Ar-Rahmah (Masjid Terapung). Kemudian ke Airport Jeddah untuk penerbangan ke Amman. Berlepas jam 01.05 pagi dengan pesawat Royal Jordanian.

HARI 14          27 MAC 2011                         AMMAN

Sarapan, lawatan separuh hari bandar untuk melawat (Ashabul Kahfi), Kemudian sedikit masa untuk   membeli-belah di Amman, Nikmati Makan Tengahari, bersiap untuk  check out, Jam 8.00 malam bergerak ke restoran untuk makan malam. Kemudian pada jam 9:30 malam terus bergerak menuju ke lapangan terbang terletak  35KM dari bandar AMMAN untuk berlepas. Berlepas jam 00.55 pagi dengan pesawat Royal Jordanian.

HARI 15          28 MAC 2011                         AMMAN – KUALA LUMPUR

Tiba Kuala Lumpur pada jam 18.35 petang.

 

RJ 181 14 MAC 2012 KUALA LUMPUR / AMMAN 22.20 MLM / 5.15 PAGI +1 hari
RJ 700 18 MAC 2012 AMMAN / JEDDAH 21.00 MLM / 0.05 PAGI +1 hari
17 MAC 2012 JEDDAH / MADINAH KENDERAAN BERHAWA DINGIN
19 MAC 2012 MADINAH / MAKKAH KENDERAAN BERHAWA DINGIN
RJ 701 25 MAC 2012 JEDDAH / AMMAN 01.05 PAGI / 02.05 PAGI
RJ 312 28 MAC 2012 AMMAN / KUALA LUMPUR 00.55 PAGI / 18.35 PETANG

 

HARGA PAKEJ (4 ORANG SEBILIK)

Dewasa RM 6,599.00
Kanak-kanak dibawah 12 tahun RM 5,999.00

 

HARGA PAKEJ (3 ORANG SEBILIK)

Dewasa RM 6,799.00
Kanak-kanak dibawah 12 tahun RM 6,299.00

 

HARGA PAKEJ (2 ORANG SEBILIK)

Dewasa RM 6,899.00
Kanak-kanak dibawah 12 tahun RM 6,399.00

NOTE: Harga & tarikh akan tertakluk pada pindaan semasa.

 

HARGA TERMASUK

  1. Tiket Penerbangan pergi/balik dengan penerbangan Royal Jordanian.
  2. Airport Tax Kuala Lumpur, Jeddah dan Insuran Penerbangan.
  3. Penginapan Hotel Andalus Plaza atau setaraf, di Madinah dan Hotel Buruj Ka’ki atau setaraf di Makkah.
  4. Ziarah di Madinah/Makkah/Jordan.
  5. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
  6. Perkhidmatan Mutawif.
  7. Pengangkutan dalam aturcara lawatan.
  8. Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam (seberat 10 liter).
  9. Kos khidmat visa umrah Muasassah.

10.  Wang upah angkat/turun barang semasa di hotel Madinah/Makkah (kecuali di Airport Jeddah).

11.  Balutan plastik bekas air zam-zam semasa di Airport Jeddah.

12.  Visa kemasukan Jordan

13.  Semua tiket masuk ke tempat lawatan

HARGA TIDAK TERMASUK

  1. Barang yang melebihi had 30 kilo (termasuk air zam-zam 10 liter).
  2. Panggilan telefon, dobi pakaian dan telegram peribadi.
  3. Makan / minum selain dari yang di sediakan dalam aturcara.
  4. Wang perbelanjaan yang diluar aturcara pakej.
  5. Sijil kesihatan dan suntikan.
  6. Pengangkutan ke Tanae’im untuk berniat umrah pada acara bebas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments