Pakej: UMRAH Ziarah Musim Sejuk
Bimbingan: Ustaz Harryanto Rizal
Tarikh Berlepas: 16 DEC 2011
Tempoh: 13 hari 11 malam
Penerbangan: Malaysian Airlines
Package Code: SU04
PAKEJ SAHABAT UMRAH MUSIM SEJUK 2011
13 HARI 11 MALAM (PENERBANGAN MALAYSIAN AIRLINES)
(16 – 28 DEC 2011 / 1432 HIJRAH)
Bimbingan : Ustaz Harryanto Rizal
ATURCARA PERJALANAN
HARI 1 – 16 DEC 2011 KUALA LUMPUR/ JEDDAH/ TAIF
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berangkat. Setibanya di Airport Jeddah pada jam 7.15 petang, wakil Sahabat Umrah dan pihak Muasassah akan menjemput jemaah menaiki kenderaan untuk berangkat ke Thaif.Tiba di Madinah terus check-in di hotel untuk penginapan dan bermalam di Taif.Aktiviti bebas.
HARI 2 – 17 DEC 2011 TAIF/ MAKKAH
Selepas solat subuh sesi taklimat untuk umrah dan bermiqot.Selepas sarapan, jemaah di bawa melawat sekitar Bandar Taif. Selepas makan tengahari, bertolak ke Makkah dan bermiqat di Qarnul Manazil. Tiba di Makkah terus check-in di hotel untuk penginapan.Seterusnya jemaah akan dibimbing melakukan ibadat umrah kali 1 oleh Ustaz Harryanto Rizal dan selepas selesai umrah pertama jemaah akan dibawa untuk ziarah dalam.
HARI 3 – 18 DEC 2011 MAKKAH
Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Makkah seperti ke Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Muzium Purba, dan selepas itu jemaah akan miqot di ja’ronah untuk umrah kali ke 2 yang akan dibimbing oleh Ustaz Harryanto Rizal.
HARI 4 – 19 DEC 2011 MAKKAH
Jemaah akan dibawa menziarahi Masjid Jin, Masjid Syajarah, Makam Siti Khadijah di Ma’ala, dan Makam Maimunah dan dibawa selepas itu ke Miqot Tana’im untuk umrah kali ke 3 yang akan dibimbing oleh Ustaz Harryanto Rizal.
HARI 5 – 20 DEC 2011 MAKKAH
Jemaah akan dibawa minum susu unta di ladang ternakan unta, Melawat Muzium Kelambu Ka’bah (jika mendapat kelulusan pihak berkuasa Saudi) seterusnya jemaah akan dibawa ke Miqot di Hudaibiyah untuk umrah kali ke 4 yang akan dibimbing oleh Ustaz Harryanto Rizal.
HARI 6 – 21 DEC 2011 MAKKAH
Jemaah akan dibawa membeli belah disekitar Misfalah dan Suk Lail di Gaza. Dan pada sebelah malamnya diadakan jamuan doa selamat di Matbhagh al-Safa/dalam khemah arab.(jika tiada perubahan).
HARI 7 – 22 DEC 2011 MAKKAH
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram.Pada sebelah petang selepas asar diadakan majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.
HARI 8 – 23 DEC 2011 MAKKAH
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan Ibadat di Masjidil Haram.Solat Jumaat di Haram Makkah.
HARI 9 – 24 DEC 2011 MAKKAH/MADINAH
Selepas mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal (wida’), Check-Out Hotel dan menuju ke Madinah. Di Madinah terus Check-In di Hotel untuk penginapan. Jemaah akan dibawa ziarah qudum, ziarah dalam dan ziarah perkuburan baqi’.
HARI 10 – 25 DEC 2011 MADINAH
Jemaah akan dibawa ziarah luar 1 ke kilang Al-Quran, masjid jumuah, masjid quba’ dan bersolat sunat mengambil fadhilat perbuatan Rasulullah SAW, ladang tamar, masjid qiblatain, masjid tujuh/masjid khandaq.
HARI 11 – 26 DEC 2011 MADINAH
Jemaah akan dibawa ziarah luar 2 ke kubu kaab bin asyraf, bukit terbakar, medan peperangan uhud, bukit magnet, dan pasar tamar.
HARI 12 – 27 DEC 2011 MADINAH/JEDDAH/KUALALUMPUR
Selepas ziarah Selamat Tinggal (wida’) , jemaah berangkat ke Jeddah dan singgah di Masjid Ar-Rahmah (Masjid Terapung), melalui Masjid Qisos dan Makam Hawa. Kemudian ke Airport Jeddah untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
HARI 13 – 28 DEC 2011 KUALA LUMPUR
Tiba Kuala Lumpur International Air Port jam 10.55 pagi.
JADUAL PENERBANGAN (TEMPOH 13 HARI)
| MH | 150 | 16 DEC 2011 | KUALA LUMPUR / JEDDAH | 3.15 PTG / 7.30 PTG |
| 17 DEC 2011 | JEDDAH / TAIF | KENDERAAN BERHAWA DINGIN | ||
| 18 DEC 2011 | TAIF / MAKKAH | KENDERAAN BERHAWA DINGIN | ||
| 24 DEC 2011 | MAKKAH/MADINAH | KENDERAAN BERHAWA DINGIN | ||
| MH | 151 | 27 DEC 2011 | MADINAH/JEDDAH / KUALA LUMPUR | 9.20 MLM / 10.55 PAGI |
HARGA PAKEJ (4 ORANG SEBILIK)
| Dewasa | RM 6,499.00 |
| Kanak-kanak dibawah 12 tahun | RM 6,299.00 |
HARGA PAKEJ (3 ORANG SEBILIK)
| Dewasa | RM 6,699.00 |
| Kanak-kanak dibawah 12 tahun | RM 6,499.00 |
HARGA PAKEJ (2 ORANG SEBILIK)
| Dewasa | RM 6,899.00 |
| Kanak-kanak dibawah 12 tahun | RM 6,699.00 |
* Harga, Tarikh, Penerbangan, Jadual Perjalanan, dan Hotel adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.
HARGA TERMASUK
- Tiket Penerbangan pergi/balik dengan penerbangan Malaysian Airlines.
- Airport Tax Kuala Lumpur, Jeddah dan Insuran Penerbangan.
- Penginapan Hotel Andalus Plaza atau setaraf, di Madinah dan Hotel Buruj Ka’ki atau setaraf di Makkah.
- Ziarah di Madinah/Makkah.
- Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
- Perkhidmatan Mutawif.
- Pengangkutan dalam aturcara lawatan.
- Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam (seberat 10 liter).
- Kos khidmat visa umrah Muasassah.
10. Wang upah angkat/turun barang semasa di hotel Madinah/Makkah (kecuali di Airport Jeddah).
11. Balutan plastik bekas air zam-zam semasa di Airport Jeddah.
HARGA TIDAK TERMASUK
- Barang yang melebihi had 30 kilo (termasuk air zam-zam 10 liter).
- Panggilan telefon, dobi pakaian dan telegram peribadi.
- Makan / minum selain dari yang di sediakan dalam aturcara.
- Wang perbelanjaan yang diluar aturcara pakej.
- Sijil kesihatan dan suntikan.
- Pengangkutan ke Tanae’im untuk berniat umrah pada acara bebas.
DOKUMEN YANG DI PERLUKAN
- Passport Antarabangsa tempoh tamat tidak kurang dari 6 bulan sebelum tarikh berlepas.
- Gambar 3 keping seorang
- Buku kuning untuk suntikan meningoccal dari Klinik / Hospital.
- Salinan kad pengenalan setiap jemaah dan salinan surat beranak untuk anak perempuan dan anak lelaki yang berumur di bawah 18 tahun.
- Salinan surat nikah untuk suami / isteri.
NOTA :
- Caj barang bagasi yang melebihi had 30 kilo adalah tanggungan jemaah.
- Harga pakej dan jadual penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa
- Jemaah berkumpul di kaunter K, Aras 5, KLIA (3 jam) sebelum pesawat berlepas.
- Bayaran pendahuluan RM 500.00 seorang.


Comments